Miss Simple
Bertudung labuh tapi dihina
Sabtu, 27 Julai 2013 • 7:29 PG • 2 comments

Ya! Aku banyak berdosa. Aku tau itu. Tapi ... apa salah aku?

Aku juga manusia. Aku bisa berubah. Dan aku dah berubah. Tak usah ditanya apa dosa aku yang dulu. Yang pasti aku terasa akulah manusia yang paling teruk .

Semua benda haram aku dah buat. Daripada dosa sekecil-kecil zarah sehinggalah sebesar-besar alam. YA ALLAH! Ampunkan dosa-dosa aku. Hati kecilku menangis. Menangis kerana kesal? Ya, mungkin. Mungkin juga kerana bersyukur. Kenapa bersyukur? Kerana ALLAH masih sayangkan aku. ALLAH masih tidak lupakan aku. Dia bagi petunjuk dan hidayah-Nya kepada aku di saat aku rancak melakukan dosa.

Jika diimbas perkara lepas, sungguh, aku malu dengan diri sendiri. Akulah si anak penderhaka. Bukan derhaka kerana melawan kata. Tapi derhaka kerana mengkhianati kepercayaan mereka. Di depan mereka, akulah anak yang paling baik. Padahal, di belakang mashaAllah ..teruknya aku.

Aku menangis. Ya! Aku menyesal. Tapi semua sudah terlambat. Bagaimana dengan kandungan aku yang dah masuk dua bulan? Apa yang harus aku jawab depan keluarga aku? Dan yang lagi penting, apa yang harus aku jawab di akhirat kelak?

Semakin lebat airmata aku mengalir.

Dasar lelaki buaya darat! Aku bodoh kerana mempercayai kata-kata lelaki macam tu. Akibatnya aku yang tanggung seorang diri.

Lelaki. Sebelum dapat macam-macam janji manis. Dah dapat buang. Dibiarkan bersepah. Dibiarkan perempuan menanggung sendirian. Padahal kerja hina tu dulu atas kehendak suka sama suka. Habis madu sepah dibuang.

Aku nak gugurkan kandungan tu! Hati kecilku meronta.

Tapi aku tak sempat berbuat demikian. Tuhan masih sayangkan aku mungkin. Aku keguguran kerana tersalah makan ubat. Aku tak sengaja untuk membunuh bayiku.

Kejadian tu dah lama berlalu. Aku kini dah berubah. Aku mula mempelajari ilmu agama. Aku mula menutup auratku dengan sempuurna.

Tapi, ALLAH bagi aku dugaan lain. Aku dihina. Aku dikeji. Aku dimaki. Semua tu kerana apa? Kerana dosa yang dah lama aku tinggalkan.

Aku juga manusia. Aku berhak untuk berubah. Tapi kenapa aku seperti tidak diberi peluang untuk itu?

Ya, aku sudah bertudung labuh. Tapi aku masih dihina. Tidak adakah sekelumit belas kasihan pada gadis ini? Gadis yang penuh dosa ini? Gadis yang ingin mengejar hidayah-Nya.

YA ALLAH! Mungkin ini balasan kerana dosaku. Aku terima YA ALLAH.

The Owner
No harsh word please !


Hello, my name is Amiera Shahirah. I'm 20 y/o. UMP Kampus Gambang. Please be nice to me and follow me.


Followers
Do follow me.

Tagboard
Shout out loud !


Time Machine
let's get back.



Credit Card
Big clap for them...


Skin by : Najmi Supian
Full Edited by : Sharifah Amarina
Linkies code : Wana
Big Helped : Amiera Shahirah